Monday, 29 July 2013

Seranta Awam Atas Talian - Draf Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi


Seranta awam atas talian bagi Kajian Penyediaan Draf Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi adalah untuk mendapatkan pandangan daripada orang awam, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi teknikal yang berkaitan terhadap garis panduan ini. Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 Seranta Awam Atas Talian bagi sebarang cadangan atau pindaan undang-undang sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 25 April 2012.

Bersama- sama ini disertakan Borang Soalselidik dan Draf Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan dan cadangan berkenaan perkara di atas, boleh menghubungi pegawai seperti di bawah. Tarikh akhir untuk mengemukakan borang maklumbalas adalah pada 5 Ogos 2013.

Sila hubungi:

1.  Tn. Hj. Muhammad Ridzuan bin Arshad 

     Email : ridzuan@townplan.gov.my 
     Tel.: 03-20816 102 

2.  Pn. Norhasrin binti Abdullah 
     Email : norhasrin.abdullah@townplan.gov.my 
     Tel : 03-20816 125 

3.  Pn. Nurulhuda binti Mansor 
     Email : nurulhuda@townplan.gov.my 

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts. Help us improve this page. Thanks.